
hari ini aku nak kongsi sesuatu dekat korang semua . pada zaman dahulu kala , di sebuah kampung yang indah lagi tenang dan mendamaikan dengan kicauan burung , kokokan ayam ,ngauman singa juga harimau dan pelbagai kejadian alam yang lain , tinggallah sepasang suami isteri . pada suatu hari , si suami dan si isteri terjumpa binatang dan mati . habiss ~ pengajaran dalam cerita ini ialah ... kita jangan trjumpa binatang atau kita akan mati . HAHA . aku main-main je lha . ni aku nak share dengan korang . orang tahu kan yang hari jumaat (semalam) aku balik . jumaat tu aku dah happy bagai nak gila waktu nak pergi sekolah . tiba-tiba waktu dekat perhimpunan ada announce
"perhatian kepada pelajar asrama , sila bawa turun kerusi dan meja anda ke dewan akasia pada masa pertama , kamu semua aan dipindahkan tempat belajar hanya pada hari ini ."
erghhh . mengeluh panjang lha aku . nak angkat meja dari tingkat 3 . fulamakkk . hebatkan aku ? kalau pasal meja ni takpe aku dah redho . hehe . lepas waktu geo , aku pergi bilik guru jumpa cikgu wish bufday and kasi cikgu hadiah *baikkan ? . HAHA . tiba-tiba , Pn Shariah panggil dan hulurkan sekeping surat..
"apa ni cikgu ?"
"ini surat dari pengetua nak minta hantar semua buku BM , isnin depan saya nak . "
"huh ? tapi cikgu , saya tak siap lagi . ish , kenapa tak minta 10 buku je ."
"itulha , kalau sepuluh saja cikgu boleh ambil yang siap saja ."
"alaa . cikgu .. maknanya saya kena buat lha ni kerja yang tak siap " *jujur tak ? HAHA
" begitulha jawabnya nak buat macam mana lagi . nanti tolong bagitahu dekat kawan-kawan . "
spoting tak cikgu aku ? aku tak siap kerja sekolah pon dia okey je . kalau cikgu lain .. erghhh . entahlha . HAHA . so , pada hujung minggu ni , aku terpaksa korbankan cuti aku untuk siapkan BM . waaaaa . sengsaranya ... *eyh , sengsara ke ? hehe .semalam aku dah mula , naik jenuh tangan aku nak menulis , lagi-lagi Karangan . panjang giler . nasib baik aku ada pinjam buku kawan aku yang dah siap . esok balik asrama tinggal nak siapkan pemahaman dan tatabahasa saja . hee . Komsas ? oohh . 3 tajuk je yang teringgal . heee . nasib baik bukan aku seorang saja yang sengsara menghadap buku BM . 3/4 kelas aku . HAHA . banyak tak ? so , korang sama lha kita muntah buku hari Isnin nanti !