[OneFiveElevenZeroFour]
♥Thank you Allah for every single things♥
-elinAnuar-
<3

35 souls

ILOVEYOU
love is the secret password to every soul



hye semua. sambil menunggu kertas print out. aku nak cerita tentang fameli 3 ANGGUN :D jangan buat muka, siapa buat muka aku bagi tanah liat. nak sangat~ aku baling! padan muka kau!! haha xD 

***
Pada 20102012 yang lepas, kami telah mengadakan jamuan kelas di Taman Tasik Perdana *hasil kerjasama kami sendiri :D hee. Pada mulanya kami telah bersetuju agar jamuan kelas diadakan di One Utama. kami bercadang untuk menghabiskan duit kelas yang banyak dengan bermain bowling sambil lebam dan bengkak, namun begitu rancangan tersebut terpaksa dibatalkan gara-2 tempat bowling telah pon ditempah orang lain terlebih dahulu.

Perjumpaan telah diadakan dan Alhamdulillah, Filzah Fikriyah Mohmad Puad telah memberi idea yang bernas iaitu mengadakan jamuan tersebut di taman rekreasi sambil menikmai pemandangan yang indah. Beberapa idea lain juga ada dikemukakan. Undian telah dilakukan dan hasil daripada undian tersebut idea filzah telah pun diterima. Lalu, salah seorang dari kami mencadangkan Taman Tasik Perdana sebagai tempat rekreasi yang dicadangkan. usul sekali lagi diterima dengan sebulat suara.



Pada hari yang dinanti-nantikan, kami telahpun berjanji untuk tiba di sana pada pukul 8.30 pagi. Oleh kerana tidak biasa dengan keadaan persekitaran, beberapa orang dari kami mengalami kesukaran dan mengakibatkan 'lambat sampai' namun begitu, ia tidah sedikit pun menjejaskan mood kami, kami terus bersuka-ria bersama di sana.

Kami menaiki sebuah kereta panjang disana. Di atas kenderaan tersebut, kami menyanyi, menjerit, bergelak ketawa bersama. pakcik driver jadi saksi kemesraan kami tersebut. sungguh indah apabila dikenang kembali kenangan tersebut. sungguh, teman adalah segalanya. di kala susah dan senang, mereka sentiasa hadir. merekalah sebaik-baik teman. mereka adalah sahabat terbaik :D

Walaupun tiga dari kami tidak dapat hadir ke jamuan tersebut, kami tetap cuba mencapai keseronokan bersama. Dan, inilah hasilnya~


meheartyouforever