NIKAH di Masjid Wilayah

![]() |
My beloved moms <3 |
Dewan ni boleh memuatkan seramai 50 orang. Setiap pasangan diberi masa satu jam sahaja untuk setiap slot. Slot boleh pilih ikut tarikh yang korang nak. Kalau hari bekerja dari 5pm- 10pm, hari cuti pula dari 9am - 11pm. Caj penggunaan dewan yang dikenakan: Rm100. Bayaran tu masukkan dalam tabung khas dewan nikah yang dah disediakan. Bayaran untuk jurunikah pula adalah sebanyak Rm150. Jurunikah korang boleh pilih, nanti call je jurunikah tu dan bagitahu bila slot korang. Jurunikah tu nanti akan guide korang preparation untuk nikah. Saksi pula korang boleh minta adik beradik korang atau saudara mara korang je untuk jadi saksi.
Dewan nikah ni tak susah pun nak book. Just bawa diri je, tak perlu pun korang nak tunjuk apa apa dokumen pun. Surat kebenaran nikah tu semua lepas korang dah dapat cop dan dibenarkan kahwin, hari nikah tu nanti baru korang bawa. Urusan pembayaran pun masa hari nikah baru buat. So easy sangat. Yelah kenapa nak susahkan benda yang boleh mudahkan? Haa haritu suami aku takde kena tanya apa-apa soalan pun sebelum nikah. So pengantin lelaki relax je. okay. Kalau korang kena tanya pun, biasanya soalan mudah je macam rukun solat semua tu. Waktu hari nikah tu, suami aku cuma diminta untuk baca doa je lepas akad, itu pun jurunikah dah bagitahu awal-awal dah. Chill je!
JAMUAN KENDURI di Masjid Wilayah
Sama macam dewan nikah tadi, korang kena book dewan ni paling awal 3 bulan sebelum majlis. Aku haritu book terus dua-dua dewan ni include bilik penginapan sekali so senang lah. Untuk dewan jamuan korang boleh pilih based on bilangan tetamu korang; dewan makan muslimin, dewan makan muslimat atau ruang legar. Dewan yang paling besar ialah dewan muslimin yang boleh muat 500 orang (Rm1500). Kapasiti dewan muslimat pula seramai 200 orang (Rm1100). Ruang legar pula sesuai untuk jamuan ringan contohnya jamuan selepas akad nikah bagi keluarga mempelai yang hadir (Rm100/jam). Untuk pengetahuan korang, harga dewan tu dah termasuk dengan kerusi banquet, meja bulat, set stesen buffet, sistem siaraya, rostrum dan penghawa dingin manakala harga bagi ruang legar tu dah termasuk dengan meja bulat (3 unit) dan kerusi banquet, 1 set stesen buffet termasuk tikar. Jadi semua benda dah tersedia, korang cuma perlu pilih catering je!
Pilihan catering pula berdasarkan apa yang masjid offer je, meanss korang tak boleh ambil catering dari luar. Masjid ada senarai dalam 20 catering yang korang boleh pilih, so korang takyah pening-pening nak cari-cari.. contact je catering yang masjid bagi, pergi test makanan dorangg pastu pilih lah yang paling sedap! HAHAH food testing free je tau >< Tapi aku tak buat macam tu pun, aku mesej semua catering tu untuk tanya pakej yang dorang sediakan, sebab aku nak compare harga dan Alhamdulillah aku puas hati sangat dengan catering yang aku pilih Maju Metro Catering Services. Dia offer harga yang murah dengan banyak kelebihan yang dia bagi tau. Contohnya dia bagi aku free photo corner ala ala mini pelamin, meja pengantin include backdrop.. itu semua ada dalam pakej dia, pm je untuk nego hehehe makanan pun sedap. Semua tetamu puas hati.. tapi aku sedih bubur pulut hitam aku habisss, tak sempat nak makan :( HAHA jarang-jarang bubur boleh habis. Bayangkan laa sedap punya pasal!
Aku ada juga add on makanan daripada luar macam aiskrim dan bihun sup. Yang tambahan ni korang nego laa dengan caterer korang masing-masing ya sebab dorang yang akan uruskan semuanya (kalau majlis aku laa). Meja semua dorang dah set up kan sebab aku dah pesan awal-awal nak meja untuk letak box aiskrim dan meja untuk hidang sup, jadi malam before majlis semua dah ready. Untuk pengetahuan korang sebarang penggunaan elektrik untuk makanan adalah tak dibenarkan. Masak pun tak dibenarkan. Pakcik aiskrim yang aku tempah bawa box yang letak dekat motor tu je tau bukan bawa peti sejuk. Alhamdulillah, harga aiskrim yang aku dapat pun murah sangat berbeza dari yang ada dekat instagram. Pakcik ni dia berniaga dekat sekolah berdekatan rumah aku, jadi aku sendiri pergi tanya dia dan harga dia memang murah sangat. Kalau korang nak contact dia, boleh whatsapp +6014-6382377. Pakcik ni baik sangat tau, dia siap bagi aku free aiskrim 6 litre sebagai hadiah kahwin. Mana weh nak jumpa orang baik camni lagiii .

Dewan ni ada 3 pintu masuk, tapi masa majlis aku haritu kitorang guna 2 pintu je konon2 pintu 1 family aku, pintu 2 family zik centuu hahaha. So far, aku memang puas hati sangat buat majlis kat sini walaupun asalnya aku tak berapa berkenan sebab ada pilihan lain di hati HAHA tapi tempat aku nak tu tak sesuai tetamu 2000pax, tempat lain mahal. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. Majlis sangat lancar, makanan semua cukup, tetamu happy, dewan sejuk, makanan sedap, pengantin cantik OPSSS hahaha. Please take note yaaa kat sini tak boleh bubuh pelamin, renjis merenjis pun tak boleh tau. Macam aku ni, aku buat photobooth ala ala pelamin tapi kena dapat kebenaran lah daripada pihak masjid dulu. Bila masjid bagi greenlight, aku terus inform dekat pihak catering so dorang boleh proceed apa yang dah bincang.
Paling penting sekali family tak payah penat-penat nak uruskan hal-hal dewan, semua benda pihak catering yang buat. Sampah pun dorang yang akan buang kemudian. Aku tak sure lah catering lain, aku cakap based pengalaman aku tau. Bila majlis nak dekat habis, dorang dah ready nak pack lebihan makanan. Bekas semua dorang prepare, plastik sampah semua dari pihak dorang. Kita cuma kena kutip barang kita, selebihnya semua dorang yang akan kemas dan tanggalkan. Terkejut juga masa bincang dengan catering macam kesian kat dorang kan, tapi dia explain tu memang tanggungjawab dorang as catering panel masjid. So takpelah, mudah kerja kami sekeluarga. Apapun, servis katering ni memang bagus. Owner dia takde sebab ada hal, jadi dia dah gantikan dengan orang kanan dia; abang baju hitam tu. Dari malam sebelum majlis, dialah yang paling sibuk uruskan semua permintaan kitorang. Terima kasih sangat-sangat. Deko pun cantik je dia buat. Alhamdulillah. Bila aku cakap dengan orang aku dapat semua deko ni dengan harga makanan je, semua tak percaya.. semua kata murah.. semua nak nombor hehehe tapi En Nasir (owner) kata kalau luar masjid dia taknak ambil dah sebab dah penuh. Orang masjid je boleh sebab dia nak sama-sama tolong. hee itulah.. rezeki kami :D
Sekian sahaja entri kali ni tentang majlis kahwinku yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan KL. Harap harap entri ni dapat bantu siapa siapa yang ada niat nak kahwin kat situ. Bye!