kalau tengok last post dalam blog ni adalah pada awal tahun 2013 haritu. harini dah akhir tahun 2016 bebeh. hahaha, bayangkan sepanjang temph masa tu banyak sangat sangat benda yang terjadi dalam hidup i tau.
tahun 2013, tahun selepas PMR, tahun sebelum SPM hahaha, mudanya i masa tu. tahun dimana aku mula berjinak dengan subjek subjek sains agama, biologi, kimia, addmath, fizik, bahasa arab, pend. syariah and also pend quran sunnah. tup tup, dah SPM. celik buka mata, dah habis SPM dan dah dapat result dah pun.
Lepas SPM, aku sambung belajar dekat Kolej Matrikulasi Selangor selama setahun. Alhamdulillah, sekarang dah hampir habis semester 1 dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tak tahu nak mulakan cerita macam mana, tapi aku sangat sangat rindukan kawan kawan masa dekat saujana dulu. Selalu sangat ingat kenangan masa dulu dulu, lagi lagi masa tingkatan 5 waktu kitorang mentadbir asrama HAHA
Dalam tempoh masa lebih 3 tahun ni juga, aku kehilangan 3 orang penting dalam hidup aku. dua orang atuk dan seorang nenek :'( Nenek belah umi meninggal seminggu selepas muhammad (my adik bongsu) lahir. Muhammad pula lahir seminggu lepas birthday aku. Birthday aku 11 April, Muhammad lahir 18 April 2013 dan nenek meninggal 26 April 2013. Aku ingat lagi macam mana, umi yang tengah pantang kalut nak balik kelantan. aku masa tu dekat asrama, pagi hari kejadian (5 pagi) ketua warden datang dorm aku bagitahu yang nenek dah meninggal. Time tu aku mamai mamai lagi, lepas basuh muka dan waktu gosok gigi baru aku betul betul sedar, masa tu sedih sangat sangat Ya Allah. al fatihah untuk nenek :')
atuk belah umi dan belah abah meninggal tahun 2015. Atuk belah abah meninggal februari 2014, atuk belah umi meninggal bulan april, tarikh yang sama nenek belah umi meninggal iaitu 26 April. Al fatihah untuk semuanya. Semoga Allah tempatkan mereka semua bersama sama orang yang soleh dan solehah. InshaAllah, aaamiin :)
Sampai sini je aku nak tulis. InshaAllah, pada masa akan datang aku tulis lagi. hihihi rindu pula nak menulis. rasa macam menggamit memori gituu. iols kat kelatan sekarang tengok rumah baru hihi.
nanti i story pasal rumah pula k ;)
kbyeee uolsss