baru je haritu aku sweet 16 kat saujana, tup tup dah jadi degree student dah. alhamdulillah, terima kasih Allah sebab permudahkan segalanya. InshaAllah, 4 tahun degree lepastu graduate then kerja. aaamiin hihi
perjalanan hidup sepanjang kat saujana, banyak sangat kenangan manis. bila aku form 5, aku tusyen dekat ilmu studio. aku sangat sangat bersyukur kenal dengan orang yang sangat sangat baik iaitu sir ven. aku dan kawan kawan aku join tusyen tu setiap hujung minggu for free. Alhamdulillah. jadi setiap minggu, kitorang memang akan balik naik lrt dari sri petaling ke setiawangsa. Mak dyla lah yang selalu tumpangkan kitorang ke lrt time hari jumaat. kalau ada seminar pagi pagi, ayah @ abang ida yang akan tumpangkan kitorang ke setiawangsa untuk join seminar.
Tak dilupakan, mak ara sekali. yang selalu bawa kitorang pergi makan hehe + mak azaty yang selalu masak untuk kami hihihi, kalau ada hari minggu yang kitorang tak balik, tup tup mak azaty datang bawakkan nasi lemak laa, keropok laa. best sangat kan? hehehe
waktu form 5, memang kitorang banyak sangat keluar daripada duduk asrama. bukan senang tau nak dapat kelulusan untuk keluar asrama, macam macam surat kitorang karang untuk pk hem. memang hampir tiap minggu, kitorang akan jadi pelanggan tetap puan nora. kihkih.
time minggu SPM, lepas habis paper, kitorang akan ke setiawangsa untuk seminar. seminar habis pukul 10 malam. kadang kadang awal sikit. lepas habis seminar, kitorang akan balik asrama dan prepare untuk spm esok. bayangkan betapa penatnya time tu. hahaha, tapi best tau. kalau aku tak penat lepas seminar, aku akan study lagi untuk exam. tapi biasanya, terus terbongkang je. hahaha.
hari ambil result, berdebar gak aa. aku pergi sekolah dengan umi. tapi umi balik dulu lepas tahu result. aku tak ikut umi balik sebab nak join kawan kawan. kitorang lepak rumah dyla. masak, tengok movie, shooting beracah model hahaha. rindu sangat zaman muda muda :P
beberapa bulan lepas tu, aku sambung study dekat matrikulasi selangor. namanya je selangor tapi jauh bak ang! dari rumah aku nak ke banting tu makan masa 2 jam tau. kesian abah yang kena hantar aku. 2 jam dari rumah, 2 jam dari matrik. 4 jam perjalanan. tapi abah just hantar je. sebab takde transport. kalau balik dari matrik, aku akan tumpang kawan sampai ktm ukm. pastu naik ktm je balik rumah.
Setahun lepastu, aku isi UPU untuk masuk uni. pergi ambil test medsi, dan aku lulus, proceed untuk interview. alhamdulillah, berjaya. dan disini aku harini. pelajar ijazah sarjana muda pendidikan. huhuhu semoga dipermudahkan. aku dah besar dah sekarang, tahun depan dah umur 20. dah taknak banyak main dah. time kat matrik dulu, tiap masa main. tak tahu bila masa aku serius. dah taknak dah leka sampai macam tu. huhu.
setakat ni je untuk harini. banyak assignment nak buat ni bebeh. adios :)