[OneFiveElevenZeroFour]
♥Thank you Allah for every single things♥
-elinAnuar-
<3

3 HARI DI KELANTAN

Yeah i'm currently at UPSI now bebeh. Three days kat kelantan, sangat sangat syok. rasa taknak balik kuala lumpur lagi. 

Selama ni memang kerap dah balik kelantan, tapi rasa macam kali ni paling best. dah lah tanpa perayaan apa apa, tiba tiba balik. kiranya takde apa nak buat sangat pun, melainkan meluangkan masa hujung minggu dgn family gituu.



Bertolak dari upsi pukul 3 petang. KTM gerak pukul 3.50pm dan sampai di KTM sentul pada 5.24pm. Abah sampai dalam 5.57pm. then balik rumah naik motor. huhu.

sampai rumah mmg penat ya ampun. tidur je sampai maghrib. umi balik kerja umi gerak. salam, cium tangan pastu tidur balik. umi gerak makan, umi bawa balik roti jala, bihun dll makanan yg umi bawa dari rumah. tapi saya terlalu kepenatan. tak bangun pun untuk makan. Umi pun risau, i ni demam ke apa ke. penat sangat muka nampak.

bangun, tidur balik. tidur, bangun balik. pastu tidur balik. last2 betul bangun dalam pkul 10 lebih macam tu. bangun bangun terus pergi dapur. tapi segala makanan yang umi bawa balik dah habis. tinggal lauk ikan bawal goreng sambal dgn sayur sawi tumis. terus je makan nasi. pastu ratah sayur seperiuk. then, umi suruh sapu rumah lepastu mesin kain kotor. then, kemas beg untuk balik kampung.

dalam pukul 1 lebih camtu, bertolak balik kampung. abah singgah petronas sebelum masuk bentong.  umi abah pergi tandas, iols beli KFC. makan KFC dengan adik adik dalam kereta. beli dinner plate je. kongsi sama sama 5 orang. lepastu sraight tidur sampai pagi esok. umi abah singgah pasar beli  breakfast pun tak sedar. tahu tahu je dah sapai rumah nenek. salam nenek, pastu makan. hahaha. pastu tidur balik dekat rumah nenek. umi abah dah balik rumah abah. dekat je pun rumah abah dengan rumah nenek, selang 2 rumah je. hahaha.



so apa yang saya buat masa kat kelantan? jeng jeng jeng.

santai santai je. hari sabtu tu tidur je sampai lunch. makan, pastu balik rumah abah. then buat assignment. kitorang tak keluar mana mana sebab sekarang musim tengkujuh. biasanya kalau balik kelantan mandi jeram @ pantai je. so, musim hujan. tak merasa lah oi. 

paling best sekali, petang ahad tu makan pisang goreng lepak dengan umi abah dan nenek. best woo. petang ahad tu aku masak sotong goreng kunyit dgn telur goreng kicap. sebab rumah baru, takde bahan sgt. tu pun sotong baru beli pagi ahad tu. malam ahad tu, keluar pegi kok lanas. beli barang sikit dengan umi abah, muhammad pun ikut juga. pastu beli roti canai, bungkus bawa balik. makan sama sama tengah malam. hahaha

esoknya isnin, pagi tu tengok cerita barbie. umi suruh lap tingkap then pasang langsir. rumah baru kan. takde apa lagi. hahaha. lepas habis barbie, baru buat kerja. tingkap besar pastu tinggi, penat woo. mula2 tu minta abah yang pasang langsir. sebab macam gayat. takut je. pastu naik sama sama dengan abah tangga panjang tu. pastu baru boleh naik sorang2. 

hari isnin tu umi masak gulai daging dengan ayam goreng. sedap bebeh. patutnya lepas asar dah bertolak balik kuala lumpur tapi ditunda lepas isyak. gambar gambar ni alia tangkap, sebelum asar dekat kebun belakang rumah nenek. kebun nenek besar, best lepak. kalau musim buah, memang cantik nampak pokok, warna warni.

hehehe. tu je kot untuk malam ni. iols ada assignment hehe :D byebye uols. see ya!