Bismillah. Assalamualaikum blogku yang tercinta. Alhamdulillah masih ada cebisan kenangan yang boleh aku kenang zaman-zaman muda mudi dahulu. Ini merupakan entri pertama aku untuk tahun 2020 iaitu pada Jun, 29. Hari ini sekali lagi aku rasa kesal kerana tak konsisten dalam menulis blog. Sejujurnya memang tak semua cerita aku kongsikan secara publik. Ada beberapa entri yang aku hanya letakkan di draf, cukuplah hanya aku yang tahu kisah itu, cukuplah hanya aku yang kenang kisah-kisah itu.
Hari ini sekali lagi aku khatam semua entri yang ada dalam blog ini terutamanya yang dalam draft. Ada banyak benda yang aku pernah ceritakan di sini tapi aku tak dapat recall balik. Hilang semua dalam ingatan aku seolah-olah aku tak pernah melaluinya. Syukurlah entri dalam blog ini dapat mengungkap kembali zaman silam aku dulu dulu.
Aku bukan nak bermadah atau apa-apa cuma hanya ingin bicara secara santai-santai. Terakhir kali entriku adalah pada 2016 iaitu ketika aku masih mula-mula belajar di UPSI. Pejam celik, pejam celik hari ini aku telah pun berada di semester 8 dan bakal menamatkan zaman degree aku (walaupun rasa macam dah tamat sebab duduk rumah je sepanjang semester. NO COLLEGE, NO FRIENDS! Only me and my family and of course my home gitewww lorh!)
Kalau dulu aku hanya rindukan kawan-kawan di Saujana, sekarang aku mula rindukan kawan-kawan di UPSI. Tempoh 5 tahun di Saujana dan 4 tahun di UPSI sudah cukup lama untuk mengeratkan tali persahabatan kami. Terlalu banyak perkara baru yang aku belajar di sini, kenangan-kenangan manis yang tercipta. Aku harap aku takkan lupakan kenangan itu sampai bila-bila.