Za'barians. Kolej Za'ba.
Sepanjang 4 tahun aku menuntut ilmu, di kolej inilah aku menetap. Syukur sangat-sangat, aku tidak ditendang keluar kolej. Memang ramai yang cakap, duduk luar lagi best, lagi best.. tapi pada aku, tetap aku nak elakkan. Aku taknak merasa payahnya cari rumah sewa, payahnya membahagi duit untuk bayar bil elektrik, berebut-rebut naik bas di taman bahtera.. cukuplah aku rebut bas di kolej je. hehehe. Tapi sejujurnya, aku memang tabik sangat dengan orang yang duduk luar tanpa trasnport sendiri. Bayangkan dorang kena beratur seawal 6 pagi untuk naik bas yang paling awal pukul 7.30 pagi! Sangat cekal dan tabah. Aku memang boleh tabik springg dari jauhh je lah. Pukul 6 pagi aku baru nak bangun mandi, gosok baju je hahaha xD
Aku bersyukur aku dapat menetap di kolej Za'ba. Aku dengar kolej Zaba ni memang sayang student, susah nak buang student berbanding kolej lain yang senang-senang je buang student sendiri (ni aku dengar je tau dan aku macam percayalah HAHA). Semester 1 dulu, aku aktif dalam RE (rakan exco) Akademik dan Kerjaya. Pada awalnya, aku minta untuk dimasukkan dalam kelab fasilitator tapi aku dimasukkan ke kelab orator iaitu kelab untuk berdebat, berpidato dll. Tapi still aku boleh join fasilitator cuma aku wajib join perjumpaan orator. Jadi masa semester 1 aku memang aktif sangatlah dengan RE. Jadi fasilitator untuk budak-budak sekolah.. pernah juga aku ke Lenggong untuk program motivasi di salah sebuah sekolah di sana.
Makin naik semester, aku semakin sibuk dan berasa malas untuk aktif dalam RE. Aku hanya hadir untuk perjumpaan setiap minggu tapi takde jiwa pun nak berdebat. Aku sangat kagum dengan semangat kawan-kawan yang lain, yang sentiasa memperbaiki diri untuk jadi debator yang lebih baik. Tapi aku, aku macam.. takde mood. Maybe sebab aku dah penat bersyarah dulu masa sekolah-sekolah, nak berkecimpung di bahagian lain pula gitewww. Sejujurnya aku rasa bersalah pada senior-senior yang semangat ajar kitorang berdebat, aku pun tak tahu kenapa teruk sangat perangai tak reti nak hargai jasa orang ke camna tah. Hmmm, Elin jangan buat lagi tau?
Naik semester 3, aku memang start busy gilaaaa sebab aku ambil minor seni. Aku bukan ambil seni sebab aku ingat seni senang. NOT AT ALL! Aku memang tahu seni susah, seni banyak habis duit tapi sebab aku minat, aku nak belajar.. AKU AMBIL SENI. Seni tu susah, so aku nak belajar, aku nak tahu. Atas dasar minat, aku tempuh baki semester dengan penuh sengsara weh. HAHA! Tapi jujur, aku tak menyesal pun ambil seni sebab pendidikan seni ni banyak bagi pengalaman baru dekat aku contohnya mencanting dan mewarna batik, menghasilkan kraf logam, bertukang, cat, spray dan banyak lagi. Walaupun jam kredit subjek seni sikit je (2), tapii sesungguhnyaa jam yang kau habiskan untuk siapkan kerja seni terlebih-lebih. Setiap minggu berapa banyak kali kena ulang alik pergi studio, berapa banyak kali stay up buat seni.. buat folio projek dsb.
Alhamdulillah, syukur lagiii sebab aku dikurniakan member yang sama-sama ambil IT dan Seni, yang sama-sama menetap di kolej Zaba. Kebanyakan budak course aku, batch aku memang menetap di Zaba sebab first intake memang dah tetapkan kolej susunan ikut course. Jadi sepanjangg aku ambil minor seni ni, dekat rumah member aku tulah aku selalu melepak sama-sama buat kerja seni sampai 3, 4 pagi baru balik rumah sendiri. Berapa banyak kali kitorang stress sama-sama sampai rasa nak nangis sebab buat seni? HAHA kitorang punya stress tu kau bayangkan lah semua orang dah nak siap projek FYP tapi kitorang tak mulakan lagi sebab buat projek seni yang kena submit dalam masa terdekat padahal jam kredit seni baru dua, jam kredit untuk FYP berganda2 banyaknyaa.. Haa tu semua kenangan yang aku harap aku tak lupa.