Sepanjang di upsi, banyak ragam manusia yang aku jumpa. Ada yang menyenangkan, ada juga yang sebaliknya. Alhamdulillah aku bersyukur kerana dikurniakan ramai kawan-kawan yang baik-baik akhlaknya. Sebelum masuk upsi, aku sebenarnya agak risau dengan budaya dan kawan-kawan yang akan aku jumpa dekat sana. Tambah-tambah lagi bila pakwe aku sendiri bagitahu yang kawan-kawan dia pesan suruh jaga awek elok-elok dekat upsi ramai budak sosial. Tapi tetaplah aku tak risau sangat sebab aku ni bukan jenis suka sangat nak bersosial, aku suka duduk dalam small circle. Tak tahulah helok ke tak perangai aku ni, tapi memang aku malas sikit nak berkawan rapat dengan orang xD HAHA jangan salah faham! Aku bukan sombong, kalau tanya orang yang mula-mula berkawan dengan aku pun dorang cakap aku ni ceria, banyak cakap tau. Lagaknyaa macam dah lama kenal giteww. Tapi aku tak tahu laa kenapa aku ada sikap yang macam taknak bersosial, TAH PAPEKAN?!
Kawan-kawan rapat aku dekat sini memang baik-baik belaka. Semua jaga solat dan rajin mengaji. Aku bersyukur sangat Allah letakkan aku di samping mereka tambah-tambah lagi roommate aku sendiri pun selamat 4 semester berturut-turut adalah orang yang baik-baik dan sejuk mata memandang. Sepanjang aku dekat UPSI, aku ada 4 orang je roommate. Semester 1, Jijie. Semester 2, Aten. Semester 3, Teha. Semester 4-7, Kak Ainul. Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka. Jijie ni aku tak tahu pun sebenarnya roommate ke tak sebabnya dia bukan tidur kat kolej pun. Kadang-kadang je, seminggu sekali ke camtuu sebabnyaa rumah dia dekat. Walaupun jarang-jarang jumpaa, tapi jijie ni baik tauu. Dia tak lupa pun kat kiteee ni :'( Semester-semester depan pun still contact ajak makan nasi kerabu kedai dia xD Aten pula awal-awal dulu dia pelik dengan aku sebab aku ni takde nak bawa balik kawan-kawan huha huha kat rumah, tak pernah pun nampak aku kat kafe untuk beli makan ke lepak-lepak ke. Dia pelik sebab sebelum ni dia roommate dengan budak course aku juga, tapi yang ituu kuat lepak xD
Aku ni memang macam ni laaa gais relax-relax. Sejak aku mula rapat dengan Arisya lah aku mula jadi tak lekat kat rumahh. Asyik menempel dekat bilik Ila n Arisya HAHA. Asal-asal kejadian macam mana aku mampu berubah adalah disebabkan kerja seni. Arisya memang akan ajak buat kerja seni dekat bilik dia. so memang kalau ada kerja, aku akan ke situ lah. Jarang-jarang buat seni dekat rumah aku sebab arisya tu malas nak gerak! hahaha takde lah, sebabnyaa.. aku yang rajin berjalan. lagipun dekat rumah dorang semuanyaa budak course aku, sebaya dengan aku jadi macam relax-relax lah. Kadang-kadang saje saje gi rumah dorang nak melepak. Kadang-kadang pergi nak buat kerja, end up melepaklah, tengok movie lah, makan-makanlah. Arisya ni punn ada je benda nak dijamunyaa. Ila pula dia roommate Arisya, coursemate aku gak. Pakwe dia Acap hahahahah. Ila pun baik sangat-sangat tau. Pernah sekali tu aku dilanda kesusahannn dimana aku terlajak tidur waktu hari pertama uzur pada bulan puasa. Sedar2 dah pukul 8pm. Kafe dah tutup, aku tak makan apa apa lagi. Lepastu Ila tolong tanyakan nombor kedai tomyam siap orderkan siap jadi rider aku lagi tauu. HAHA aku memang terharu sangat sampai menangiss wehh kebulur punya pasal. Aku siap cerita kisah ni dekat boifren aku, mak ayah aku, adik beradik aku semua lah hahahaha.
Waktu awal-awal semester dulu aku tak melepak dengan dorang semuaa ni maybe sebab dorang ni kuat lepak kat blok C kot aku budak blog B. budak blok Baik baik bak kata orang. Lagi-lagi awal semester memang aku penuh dengan keazaman yang tinggi, memang aku nak fokus study je lah (padahal banyak main juga). Aku kawan dengan kak Ainul (Housemate sepanjang semester), studygroup bila nak exam dengan si W.Nur Aqilah n Kak Azelah. Cehh, acah-acah studygroup.. padahal malam sebelum exam baru nak pulun! Buat past years sama-sama, sama-sama bincang soalan, sama-sama cari jawapan. Lagipun masa semester 1 aku banyak kelas yang sama dengan dorangg. Projek pun kitorang buat sama-sama. Rumah pula sebelah-sebelah memang senang sangat nak buat kerjaa. Bila ada online quiz, semua kumpul satu meja dekat ruang tamu buat sama-sama. Bila dah semester 3 keatas dah tak buat dah study sebelum exam sama-sama, sebab dah banyak kertas minor. Masing-masing ambil minor lain2; Sains komputer, Sejarah. Tapi bukan bererti kami tak berkawan okay? NONONO setiap semester mesti ada masa yang kitorang akan pergi makan sama-sama tau. FYI, Kak Ainul, W.Nur dan Kak Azelah ni masing-masing dah pernah datang rumah aku tau cuma tak menginap je.
Orang yang bertuah yang pernah menginap dekat rumah aku ialah jeng3 Arisya dan Ain. Kebetulan je si Arisya ni temankan Ain sebab dia segan nak tidur sana sorang 🤣 Alkisahnyaa beginii waktu ni kitorang nak balik bercuti untuk cuti mid sem, sebelum balik tu singgah One Utama duluu nak makan Kfryy jadi Ain ni beli laa tiket balik terengganu keesokan harinyaa. Arisya ni takpelah dia duduk pahang je jadi dia pun boleh laa teman Ain. Tapi sumpahh penat gilaaa doh malam tu ingatkan nak lah ada sikit girl activitiess tapi hampeh suma tidurr dengan aku, aku sekalii. Pagi pagi tu bangun aku bawa dorang gi makan nasi kerabu kambing bakar. Then dorang pandai-pandailah naik grab pergi LRT. Arisya ke titiwangsa, Ain pula ke TBS. Okaayy korangg sambungg NEXT ENTRY <3