[OneFiveElevenZeroFour]
♥Thank you Allah for every single things♥
-elinAnuar-
<3

2020

Tahun 2020. Tup tup umur aku dah melonjak 23 tahun. Siapa sangkakan? Aku pun tak sangka, rasa macam baru je sekolah menengah haritu hm hahaha xD Siapa sangka aku dah habis degree cuma tak konvo je lagi.. Tak tahulah konvo ke tak tahun ni banyak Uni dah tangguh tahun depan sebab Covid-19 tapi Alhamdulillah laa kes pun dan turun banyak sangat, sekolah pun dah mula buka, wayang semua dah beroperasi so ada chance laa kot nak konvo tahun ni kenduri kahwin pun dah onzzz btwww korang.. apa yang paling tak sangka kannn AKU DAH KAHWIN WEH! Aku kahwin 25 Januari 2020 haritu time cuti semester 7. Sumpah weh rush gilaaa nak buat preparationn.

Kau bayangkanlah aku ni kira final semester laa sebab dah last masuk kampus kan semester tu, next semester which is now aku memang praktikal je manjangg so memangg busyy gilaa dengan FYPnyaa plus projek seni lagi2 aku ambil 2 studio last sem; studio batik dan studio arca. Nak bangunkan projek lagii nak tuliss tesis lepas tu ada exhibiton. Seriously, sem lepas aku memang sibuk sangat sampai susah sangat nak balik rumah hujung minggu sebab nak buat kerja seni. Kalau batik kau mmg kena buat kerja dekat studio sebab kena pakai lilin and warna diaa so selalunya kalau aku tak balik tu sebab nak buat kerja batik dll kerja laa. Aku bukan tak tahu aku nak kahwin dah, tarikh tu memang dah bincang waktu cuti semester 6 lagii, 31 Ogos 2019 haritu.

Masa tu family zik ada datang rumah untuk bincang tarikh masa tu umi memang cakap nak masa cuti raya cina. Then umi zik cadangkan pula untuk buat majlis sekali je. Selalunya cuti raya cina kan lama, then untuk tahun ni raya cina jatuh hari Sabtu 25 Jan 20, jadi kitorang fikir macam hari Sabtu tu cuti awal-awal. Jadilah senanglaa tetamu nak mari majlis then baru fikir balik kampungg. Tapi langit tak selalunya cerah giteww hahaha sekolah cuti dari hari Rabu kiranya Sabtu tu dah hujung cuti dah so kitorang memang jangka ramai tak boleh datang almaklumlah kawan-kawan umi abah ni semua jenis asal cuti je nak balik kg hehehe. Yang abah dengan umi ni pulaa memang semangat lebih nak ajak kawan-kawan.. yelah masa kakrin kahwin haritu buat kat kampung so orang takleh gi. Majlis aku buat dekat KL so memang semua orang diajaknya.

BTW lepas dah dapat tarikh aku pun semangat lah survey dewan-dewan semuaa sebab nak book. Kalau dewan DBKL cerita dia memang penuh laa sebab semua orang dah tempah setahun awal. Banyak benda aku survey, doorgift lah.. baju lahh.. makeup lahh.. Actually semua benda aku dah pernah survey dah masa 2018. Masa tu aku baru lepass bertunang. Masa tu memang rasa mcm nak kahwin sgt dah lah. Semangat aku listkan bajet, idea-idea doorgift, hantaran pelaminn hahaha tapi kahwinnya 2020 so lama-lama aku malas dah sebab macam semangat sangat kann, bukan boleh tempah pun lagi apa-apa. Aku bertunang 4 Ogos 2018. Percayalah masa zik cakap nak bertunang tu aku ingat dia main petik je sebab dia tu memang jenis suka bagi harapan HAHAH selalunya dia sembangg je. Banyak kali aku tanya dia, dia macam ye kan ajee bila aku bagitahu umi, umi pun tanya betul ke ni Lin? Lepastu sambil Otp aku tanya zik sendiri betul ke then zik cakap betul.

Umi siap pesan lagi, "Kalau yang Zik cakap ni tak betul, umi taknak dah kamu berhubung dengan dia langsung. Kamu kena dengar cakap umi. Faham?" Bukan apa sebab umi takut zik ni main-main ke apa sebab benda ni dah sampai ke telinga umi abah so sepatutnya ini benda seriouss. Alhamdulillah, 2 minggu sebelum bertunang.. family zik ada datang ala ala merisik lah untuk bagitahu tarikh bertunang macam tuu. Time tu kitorang hidang ikan pari asam pedas kakrin masak. Masa tu first time masak lauk tu tauu entah apalah nasibb ikan tu kerass tak masak hahaha lawak je nasib ada lauk lainn lagi. Masa hari family zik nak datang tu, Zik ada cerita yang pagi tu lepas solat subuh umi ada cakap nak bawa cincin sebab selalunyaa memang macam tu kann tapi sayangnyaaa hari tu hari Ahad kedai emas yang dorang gii tutup ajaa. So takpelah, aku tak kisah punn yang penting Alhamdulillah selamat bertunang. Banyak weh drama sepanjang minggu nak tunang tu hahaha nanti aku cerita lain kali, cerita lama.. sengaja cerita untuk kenang kenangan. Adiosss <3