[OneFiveElevenZeroFour]
♥Thank you Allah for every single things♥
-elinAnuar-
<3

Nikah & Kenduri di Masjid Wilayah Persekutuan KL

Alhamdulillah, pada 25 Januari 2020 aku telah sah menjadi isteri kepada bekas kekasih dan tunangku iaitu Mohamad Zikrie Hakim bin Muhd Najib. Hahaha kisah cinta kami sangatlah femes di kalangan orang-orang yang mengenaliku sebab dari zaman saujana-matrik-upsi. Kami telah selamat diijab kabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan KL dan dah selamat buat majlis pun. Majlis kami gabung jadi buat serentak je dekat dewan masjid. Dalam entri ni aku buat dua bahagian iaitu nikah dan jamuan okay gaiss <3

NIKAH di Masjid Wilayah
First yang korang kena tahu untuk nikah sini korang kena book dewan nikah dia dengan tarikh berserta slot masa yang korang nak paling awal 3 bulan sebulan majlis. Kalau kau nak kahwin 30 Oktober, tarikh 1 Julai tu kau dah boleh book. Tapi korang tak boleh book lagi awal dari tempoh 3 bulan, contohnya korang nak kahwin 1 Oktober then 31 Julai kau pergi masjid nak book, aku cakap awal-awal, kau memang buang masa je hahaha sebab dia takkan layan. So kau ikut je lah procedure dia ok. Kalau korang kahwin tarikh hot, siap sedialah untuk berebut pada 1hb tu. Pengalaman aku sendiri pukul 5.30 pagi dah beratur dekat pintu pejabat masjid. Masa aku sampai pun dah  ada 3 pasangan dah tunggu situ tau. Pejabat buka pukul 8am, jadi bersabarlah ye.

My beloved moms <3
Untuk pengetahuan korang, masjid ni dah sediakan satu dewan pernikahan yang memang khas untuk tujuan nikah. Dalam tu ada pentas dengan simple deko yang masjid sediakan. Bantal nikah pun masjid sediakan tau, so tak payah pening-pening. Kau datang untuk settlekan nikah je. Aku pernah request dengan masjid tau untuk nikah dekat dalam masjid (ruang solat) sebab aku suka view dalam masjid yang luass centuu tapi masjid tak benarkan sebab tak nak timbul isu. Tapi lepastu ada artis nikah sana elok je buat kat ruang solat dia benarkan, so aku rasa kalau korang ni retiss.. korang boleh kot try mohon HAHA tapi dewan nikah dia naisss lah korang, cantik je.. dinding warna gold, pintu kaca.. nampak mewah gitew + dewan ada aircond.

Dewan ni boleh memuatkan seramai 50 orang. Setiap pasangan diberi masa satu jam sahaja untuk setiap slot. Slot boleh pilih ikut tarikh yang korang nak. Kalau hari bekerja dari 5pm- 10pm, hari cuti pula dari 9am - 11pm. Caj penggunaan dewan yang dikenakan: Rm100. Bayaran tu masukkan dalam tabung khas dewan nikah yang dah disediakan. Bayaran untuk jurunikah pula adalah sebanyak Rm150. Jurunikah korang boleh pilih, nanti call je jurunikah tu dan bagitahu bila slot korang. Jurunikah tu nanti akan guide korang preparation untuk nikah. Saksi pula korang boleh minta adik beradik korang atau saudara mara korang je untuk jadi saksi.

Dewan nikah ni tak susah pun nak book. Just bawa diri je, tak perlu pun korang nak tunjuk apa apa dokumen pun. Surat kebenaran nikah tu semua lepas korang dah dapat cop dan dibenarkan kahwin, hari nikah tu nanti baru korang bawa. Urusan pembayaran pun masa hari nikah baru buat. So easy sangat. Yelah kenapa nak susahkan benda yang boleh mudahkan? Haa haritu suami aku takde kena tanya apa-apa soalan pun sebelum nikah. So pengantin lelaki relax je. okay. Kalau korang kena tanya pun, biasanya soalan mudah je macam rukun solat semua tu. Waktu hari nikah tu, suami aku cuma diminta untuk baca doa je lepas akad, itu pun jurunikah dah bagitahu awal-awal dah. Chill je!





JAMUAN KENDURI di Masjid Wilayah
Sama macam dewan nikah tadi, korang kena book dewan ni paling awal 3 bulan sebelum majlis. Aku haritu book terus dua-dua dewan ni include bilik penginapan sekali so senang lah. Untuk dewan jamuan korang boleh pilih based on bilangan tetamu korang; dewan makan muslimin, dewan makan muslimat atau ruang legar. Dewan yang paling besar ialah dewan muslimin yang boleh muat 500 orang (Rm1500). Kapasiti dewan muslimat pula seramai 200 orang (Rm1100). Ruang legar pula sesuai untuk jamuan ringan contohnya jamuan selepas akad nikah bagi keluarga mempelai yang hadir (Rm100/jam). Untuk pengetahuan korang, harga dewan tu dah termasuk dengan kerusi banquet, meja bulat, set stesen buffet, sistem siaraya, rostrum dan penghawa dingin manakala harga bagi ruang legar tu dah termasuk dengan meja bulat (3 unit) dan kerusi banquet, 1 set stesen buffet termasuk tikar. Jadi semua benda dah tersedia, korang cuma perlu pilih catering je!



Pilihan catering pula berdasarkan apa yang masjid offer je, meanss korang tak boleh ambil catering dari luar. Masjid ada senarai dalam 20 catering yang korang boleh pilih, so korang takyah pening-pening nak cari-cari.. contact je catering yang masjid bagi, pergi test makanan dorangg pastu pilih lah yang paling sedap! HAHAH food testing free je tau >< Tapi aku tak buat macam tu pun, aku mesej semua catering tu untuk tanya pakej yang dorang sediakan, sebab aku nak compare harga dan Alhamdulillah aku puas hati sangat dengan catering yang aku pilih Maju Metro Catering Services. Dia offer harga yang murah dengan banyak kelebihan yang dia bagi tau. Contohnya dia bagi aku free photo corner ala ala mini pelamin, meja pengantin include backdrop.. itu semua ada dalam pakej dia, pm je untuk nego hehehe makanan pun sedap. Semua tetamu puas hati.. tapi aku sedih bubur pulut hitam aku habisss, tak sempat nak makan :( HAHA jarang-jarang bubur boleh habis. Bayangkan laa sedap punya pasal!

Aku ada juga add on makanan daripada luar macam aiskrim dan bihun sup. Yang tambahan ni korang nego laa dengan caterer korang masing-masing ya sebab dorang yang akan uruskan semuanya (kalau majlis aku laa). Meja semua dorang dah set up kan sebab aku dah pesan awal-awal nak meja untuk letak box aiskrim dan meja untuk hidang sup, jadi malam before majlis semua dah ready. Untuk pengetahuan korang sebarang penggunaan elektrik untuk makanan adalah tak dibenarkan. Masak pun tak dibenarkan. Pakcik aiskrim yang aku tempah bawa box yang letak dekat motor tu je tau bukan bawa peti sejuk. Alhamdulillah, harga aiskrim yang aku dapat pun murah sangat berbeza dari yang ada dekat instagram. Pakcik ni dia berniaga dekat sekolah berdekatan rumah aku, jadi aku sendiri pergi tanya dia dan harga dia memang murah sangat. Kalau korang nak contact dia, boleh whatsapp +6014-6382377. Pakcik ni baik sangat tau, dia siap bagi aku free aiskrim 6 litre sebagai hadiah kahwin. Mana weh nak jumpa orang baik camni lagiii .

Haa lupa pula nak bagitahu. Makanan semua kena hidang luar dewan je tau. Dalam dewan ada meja kerusi je. Jadi tetamu kena ambil makanan kat luar dan masuk dewan untuk makan. Dalam dewan ni dah disediakan sinki yang cantik dan selesa untuk basuh tangan. So korang dah tak perlu risau dah takut takut air basuh tangan tak ganti lagi ke dah habis ke. Semuanya beres belakaaa! Sup pula aku tempah dengan kedai yang terletak dekat jalan tun razak, nama kedai tu aku lupa nanti aku update balik.. tapi kedai tu memang famous dengan sup dia. Senang cerita sup dia terkenal dengan kesedapan dan harga yang berpatutan. Mangkuk, sudu semua ada dalam pakej dia termasuk dengan tukang bubuh lagi. So memang terbaik! Majlis aku ni memang semua orang puji makanan sedap. Alhamdulillah, tak sia-sia penat lelah aku gitew hahaha. Kesedapan makanan tu termasuk juga lah kerepek yang aku letakkan dekat setiap meja, dalam dewan. Ada yang siap bawa balik kerepek tu dengan bekas-bekasnya sekaliii. Aku tak kisah pun, ambil je lahh HAHAH pasni habis majlis tak tahu pun nak buat apa dengan bekas tu, 50 balang beli dekat kedai eco rm2.10 untuk 2 bekas. Kerepek pula aku cari dekat facebook, kerepek dari banting, abah pergi sana untuk rasa dulu.. bila sedap kami pun beli dan aku pun mulaa isi kerepek dalam balang tu. Memang banyak weh 50 bekas, sebab dewan aku haritu bubuh 50 meja. 1 meja 10 kerusi = 500 orang. Jadi dewan yang aku tempah ialah dewan muslimin, bilangan kad jemputan yang diedarkan 1000pcs. 500pcs belah zik, 500pcs belah aku. Kitorang tempah makanan untuk 2000pax tetamu. So kiranya semua benda aku bahagi 2 dengan zik.

Dewan ni ada 3 pintu masuk, tapi masa majlis aku haritu kitorang guna 2 pintu je konon2 pintu 1 family aku, pintu 2 family zik centuu hahaha. So far, aku memang puas hati sangat buat majlis kat sini walaupun asalnya aku tak berapa berkenan sebab ada pilihan lain di hati HAHA tapi tempat aku nak tu tak sesuai tetamu 2000pax, tempat lain mahal. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. Majlis sangat lancar, makanan semua cukup, tetamu happy, dewan sejuk, makanan sedap, pengantin cantik OPSSS hahaha. Please take note yaaa kat sini tak boleh bubuh pelamin, renjis merenjis pun tak boleh tau. Macam aku ni, aku buat photobooth ala ala pelamin tapi kena dapat kebenaran lah daripada pihak masjid dulu. Bila masjid bagi greenlight, aku terus inform dekat pihak catering so dorang boleh proceed apa yang dah bincang.



Paling penting sekali family tak payah penat-penat nak uruskan hal-hal dewan, semua benda pihak catering yang buat. Sampah pun dorang yang akan buang kemudian. Aku tak sure lah catering lain, aku cakap based pengalaman aku tau. Bila majlis nak dekat habis, dorang dah ready nak pack lebihan makanan. Bekas semua dorang prepare, plastik sampah semua dari pihak dorang. Kita cuma kena kutip barang kita, selebihnya semua dorang yang akan kemas dan tanggalkan. Terkejut juga masa bincang dengan catering macam kesian kat dorang kan, tapi dia explain tu memang tanggungjawab dorang as catering panel masjid. So takpelah, mudah kerja kami sekeluarga. Apapun, servis katering ni memang bagus. Owner dia takde sebab ada hal, jadi dia dah gantikan dengan orang kanan dia; abang baju hitam tu. Dari malam sebelum majlis, dialah yang paling sibuk uruskan semua permintaan kitorang. Terima kasih sangat-sangat. Deko pun cantik je dia buat. Alhamdulillah. Bila aku cakap dengan orang aku dapat semua deko ni dengan harga makanan je, semua tak percaya.. semua kata murah.. semua nak nombor hehehe tapi En Nasir (owner) kata kalau luar masjid dia taknak ambil dah sebab dah penuh. Orang masjid je boleh sebab dia nak sama-sama tolong. hee itulah.. rezeki kami :D

 

Sekian sahaja entri kali ni tentang majlis kahwinku yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan KL. Harap harap entri ni dapat bantu siapa siapa yang ada niat nak kahwin kat situ. Bye!


Current skincare routine

Dalam awal bulan lepas, aku ada purchase beberapa skincare product sebab alang-alang suami berjauhan masa intern 2 bulan ni, nak fokus dekat skin. Selama ni aku tak pernah ada skincare routine dan aku pernah macam-macam produk dan mesti akan pakai separuh jalan je then akan bagi je sesiapa hahaha. So inilaa skincare yang aku pakai dalam tempoh sebulan ni, banyak tak banyak? HAHAH


Cleanser: alluskin
Oil cleanser: simple
Micellar water: garnier pink (use w/ facial cotton)
Toner:  holika aloe(use w/ facial cotton), klairs (dab dab), somebymi yuja(use w/ facial cotton)
Essence: cosrx snail, kayman 
Serum: somebymi Yuja, zarzou vitc 
Moisturizer: apiue
Emulsion: holika aloe 
Moist cream: holika
Moisturizer gel: Somebymi yuja
Sunblock: biore milk(kuning)
Dark spot treatment: nano white
Night mask/ Sleeping mask: somebymi yuja


SKINCARE ROUTINE:

Subuh
-cleanser: alluskin
-toner: holika aloe
-essence: cosrx snail
-serum: zarzou (baru add after a month)
-moisturiser: apiue
-sunblock: biore milk

Zohor
-micellar water/ wet tissue
-toner: klairs
-emulsion
-moist cream
-sunblok

Asr
-Oil cleanser
-cleanser
-essence cosrx snail/kayman(baru add)
- nanowhite dark spot

Isyak
-toner: somebymi/holika
-essence: kayman(baru add)
-serum: somebymi
-brightening gel
-night mask


MY REVIEW:

Alluskin Cleanser: Okay je. Takde buih bila pakai. Lepas guna kulit akan rasa lembut.
Simple Oil Cleanser: Okay je juga. Boleh keep using.
Micellar water: Memang guna yang ni dari 2017. So boleh keep using hehe
Toner: Holika holika best guna boleh repeat order sebab haritu guna trial set je. Klairs pun okay best guna tapi kalau somebymi kulit rasa kesat and sometimes rasa panas maybe sebab vit c so I will not repurchase.
Essence: Yang corsx tu boleh repeat, best guna.. rasa lembut je muka. Kayman punya actually beli lama dah pakai sebelum ni takde effect apa apa so stop skrg just nak habiskan je sebab tknk bazir hahaha
Serum: Somebymi punya serum kalau kulit aku mmg kena guna moisturizer sebab dia boleh buat kulit kering. Awal-awal dulu aku sengaja je skip apieu punya moisturiser just guna dia punya je tapi kulit jadi menggelupas. So rasanya dah taknak repurchase. Kalau zarzou pun yang lama punya, saja pakai balik. Haritu masa pakai dulu dulu kulit jadi kering juga so stop. Skrg guna balik sebab nak habiskan lagipun aku rasa boleh guna sekarang sebab aku dah pakai produk yang kurangkan irritates.
Moisturiser: apieu tu memang buat kulit soft je. Sedap pakai sebab ringan. Tak greasy langsung. Yg holika punya pun best. Semua ni buat muka I Nampak shine yng sihat centuu. Yang yuja punya I tak suka
Sunblok dan dark spot tu mmg guna yg tu dah 2 thn. Night mask pula biasa je.

KESIMPULAN:

Taknak dah repurchase somebymi yuja. Kalau nak beli maybe serum je kot tu pun tak rasa nak beli sangat. Untuk cleanser rasanya nak tambah simple punya or any gentle cleanser untuk pakai masa pagi nak jimat alluskin sebab alluskin mahal sikit. Toner pun nak try pakai simple lepas holika habis. Somebymi punya toner dah habis. Essence stick dengan corsyx snail dulu. Serum nak try tiam b3 sebab orang kata kalau tk sesuai vitc punya serum yg ni pun best for brightening. Moisturiser stick dengan apieu, holika akan repurchase jika perlu. Sunblock nanti nak try yang korea punya jenama sebab ada yg lagi murah hahaha. Night mask nak ganti dengar drcos. Sorryla harini aku malas sikit nak tulis hahaha

Price lists +my rates
1.       Alluskin cleanser: Rm49/100ml (4/5)
2.       Simple Oil cleanser: Rm35.9/125ml (4/5)
3.       Garnier Micellar water: (4/5)
4.       Cosrx Snail Essence: Rm49.90/100ml (4.5/5)
5.       Kayman Rossa Glow treatment essence: Rm 89 (2/5)
6.       Zarzou Serum: Rm49(old price)/30ml (3/5)
7.       Apieu 18 Moisture cream (normal & dry skin): Rm21.60/85ml (4.5/5)
8.       Dear Klairs Supple Preparation Facial Toner Miniature: Rm14.90/30ml (4/5)
9.       Somebymi Yuja Trial Set (Kuning): Rm49.90 (3/5)
       Include toner 30ml, serum 10ml, moisturizer gel 25ml, sleeping mask 20g
10.   Holika Aloevera: Rm50 (4/5)
             Include toner 50ml, emulsion 50ml, moist cream 20ml


Actually, product Holika ni aku tak rancang pun nak beli dan tak pernah kenal pun. Tapi haritu kulit aku kering gila sebab pakai bedak sejuk jadi aku terus lah ke guardian cari apa apa untuk tenangkan kulit aku. Masa tu semua skincare aku beli tengah shipping lagi. Lebih kurang 5 hari lepas aku guna Holika ni baru lah barang-barang aku sampai. Kiranya aku dah guna holika ni lebih awal lah dari produk yang lain. Masa tu aku suruh kakrin pilih hadolabo ke holika then kakrin yang pilih holika so aku beli je ikut kakrin. Alhamdulillah my skin getting better after 3 days pakai; kulit dah tak menggelupas dan merah dah. 

Aku pakai bedak sejuk tu sekejap je bukannya semalaman pun tapi masa mula2 apply pun aku dah rasa muka aku macam merenyam pedih centu. Aku buat relax je lah ingatkan biasa je tapi bila aku tanya laki aku dia kata dia takde pun rasa macam aku. Then before tidur, aku basuh muka aku. Bila aku bangun esoknya, kulit muka aku rasa kasar, gatal, pedih pluss merah merah. Seluruh muka especially dekat bahagian pipi. Rasa nak nangis weh. Tu yang terus cari any product yang claim boleh bagi calmness and moist tu. 1st day pakai holika, muka pedih maybe sebab kulit aku luka dan holika sebenarnya tak bagi guna kalau muka tgh irritates tapi ada aku kisah? aku pakai laa sambil berdoa. Nasib baik muka makin okay. hehe

2020

Tahun 2020. Tup tup umur aku dah melonjak 23 tahun. Siapa sangkakan? Aku pun tak sangka, rasa macam baru je sekolah menengah haritu hm hahaha xD Siapa sangka aku dah habis degree cuma tak konvo je lagi.. Tak tahulah konvo ke tak tahun ni banyak Uni dah tangguh tahun depan sebab Covid-19 tapi Alhamdulillah laa kes pun dan turun banyak sangat, sekolah pun dah mula buka, wayang semua dah beroperasi so ada chance laa kot nak konvo tahun ni kenduri kahwin pun dah onzzz btwww korang.. apa yang paling tak sangka kannn AKU DAH KAHWIN WEH! Aku kahwin 25 Januari 2020 haritu time cuti semester 7. Sumpah weh rush gilaaa nak buat preparationn.

Kau bayangkanlah aku ni kira final semester laa sebab dah last masuk kampus kan semester tu, next semester which is now aku memang praktikal je manjangg so memangg busyy gilaa dengan FYPnyaa plus projek seni lagi2 aku ambil 2 studio last sem; studio batik dan studio arca. Nak bangunkan projek lagii nak tuliss tesis lepas tu ada exhibiton. Seriously, sem lepas aku memang sibuk sangat sampai susah sangat nak balik rumah hujung minggu sebab nak buat kerja seni. Kalau batik kau mmg kena buat kerja dekat studio sebab kena pakai lilin and warna diaa so selalunya kalau aku tak balik tu sebab nak buat kerja batik dll kerja laa. Aku bukan tak tahu aku nak kahwin dah, tarikh tu memang dah bincang waktu cuti semester 6 lagii, 31 Ogos 2019 haritu.

Masa tu family zik ada datang rumah untuk bincang tarikh masa tu umi memang cakap nak masa cuti raya cina. Then umi zik cadangkan pula untuk buat majlis sekali je. Selalunya cuti raya cina kan lama, then untuk tahun ni raya cina jatuh hari Sabtu 25 Jan 20, jadi kitorang fikir macam hari Sabtu tu cuti awal-awal. Jadilah senanglaa tetamu nak mari majlis then baru fikir balik kampungg. Tapi langit tak selalunya cerah giteww hahaha sekolah cuti dari hari Rabu kiranya Sabtu tu dah hujung cuti dah so kitorang memang jangka ramai tak boleh datang almaklumlah kawan-kawan umi abah ni semua jenis asal cuti je nak balik kg hehehe. Yang abah dengan umi ni pulaa memang semangat lebih nak ajak kawan-kawan.. yelah masa kakrin kahwin haritu buat kat kampung so orang takleh gi. Majlis aku buat dekat KL so memang semua orang diajaknya.

BTW lepas dah dapat tarikh aku pun semangat lah survey dewan-dewan semuaa sebab nak book. Kalau dewan DBKL cerita dia memang penuh laa sebab semua orang dah tempah setahun awal. Banyak benda aku survey, doorgift lah.. baju lahh.. makeup lahh.. Actually semua benda aku dah pernah survey dah masa 2018. Masa tu aku baru lepass bertunang. Masa tu memang rasa mcm nak kahwin sgt dah lah. Semangat aku listkan bajet, idea-idea doorgift, hantaran pelaminn hahaha tapi kahwinnya 2020 so lama-lama aku malas dah sebab macam semangat sangat kann, bukan boleh tempah pun lagi apa-apa. Aku bertunang 4 Ogos 2018. Percayalah masa zik cakap nak bertunang tu aku ingat dia main petik je sebab dia tu memang jenis suka bagi harapan HAHAH selalunya dia sembangg je. Banyak kali aku tanya dia, dia macam ye kan ajee bila aku bagitahu umi, umi pun tanya betul ke ni Lin? Lepastu sambil Otp aku tanya zik sendiri betul ke then zik cakap betul.

Umi siap pesan lagi, "Kalau yang Zik cakap ni tak betul, umi taknak dah kamu berhubung dengan dia langsung. Kamu kena dengar cakap umi. Faham?" Bukan apa sebab umi takut zik ni main-main ke apa sebab benda ni dah sampai ke telinga umi abah so sepatutnya ini benda seriouss. Alhamdulillah, 2 minggu sebelum bertunang.. family zik ada datang ala ala merisik lah untuk bagitahu tarikh bertunang macam tuu. Time tu kitorang hidang ikan pari asam pedas kakrin masak. Masa tu first time masak lauk tu tauu entah apalah nasibb ikan tu kerass tak masak hahaha lawak je nasib ada lauk lainn lagi. Masa hari family zik nak datang tu, Zik ada cerita yang pagi tu lepas solat subuh umi ada cakap nak bawa cincin sebab selalunyaa memang macam tu kann tapi sayangnyaaa hari tu hari Ahad kedai emas yang dorang gii tutup ajaa. So takpelah, aku tak kisah punn yang penting Alhamdulillah selamat bertunang. Banyak weh drama sepanjang minggu nak tunang tu hahaha nanti aku cerita lain kali, cerita lama.. sengaja cerita untuk kenang kenangan. Adiosss <3